CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 7, 2011

khas untuk mak..(^_^)


Kali ini coretanku buat mak ku yg tersyg pule..sempena hari ibu..aku buat khas coretan ini untuk mak aku..harap mak aku bace la ye..(^_^)

Ehem..ehem..testing 1, 2, 3…ok..

Kehadapan bondaku yang tersayang,

Sempena hari ibu ini, aku ingin sampaikan

Ucapan dan sedikit coretan kepadamu,

“SELAMAT HARI IBU”



Separuh nyawa mak pertaruhkan untukku,

Segala jerih payah mak lakukan untuk membesarkanku,

Segala kudrat mak gunakan untuk melayan karenahku,

Segala pengorbanan yang telah mak lakukan untuk ku,

Tidak terbalas semua itu mak..

Walaupun ku hadiahkan mak segala hadiah yang mahal,

Semua itu tidak dapat membalas segala yang mak lakukan untukku..

Semua itu juga tidak dapat membalas segala pengorbanan mak untukku..

Aku hanya mampu mendoakan keselamatan,

kebahagiaan untuk mak dalam setiap doaku..

aku hanya mampu untuk buat yang terbaik dalam hidupku untuk mak..

aku telah berjanji dalam diriku sejak azali bahawa

aku tak akan pernah mengecewakan mak..

aku akan buat ape sahaja untuk mak gembira..

tapi, aku tahu..

semua itu belum cukup untuk aku membalas segala pengorbanan mak untukku..

seperti kata abahku..

”mak kau boleh jaga kau dari kecik sampai besar..tapi belum tentu kau dapat jaga mak kau macam mak kau jaga kau..”

Ya..aku mengaku..kata abahku itu ada betulnya..

Tapi, selagi nyawa dikandung badan, aku akan buat apa sahaja untuk mak..

Aku akan jadi anak yang terbaik untuk mereka..

Mak..terima kasih untuk segalanya..hari ibu tahun ni ika tak dekat dengan mak..

Jadi, ika update blog ika khas untuk mak..

Terima kasih mak…

TERIMA KASIH MAK…

IKA SAYANG MAK..


p/s : maaflah agak emotional sket hari ni..tp,ape yg aku tulis sumenye dtg dr hati aku..

kepade abahku, ape lagi abah..belanje la makan sate..hehehe!

Friday, May 6, 2011

Pertanyaan untuk cinta...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi …

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.....

kesetiaan......


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...

TIDAK PENTING UTK KITA KETAHUI SAMA ADA PASANGAN KITA JUJUR, IKHLAS ATAU SETIA DENGAN KITA YANG PENTING ALLAH TAHU KITA BAGAIMANA, DAN ALLAH TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN APA YANG KITA LAKUKAN... TAWAKAL DAN REDHA LAH...

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki atau wanita yang tidak baik...

Tuesday, May 3, 2011

berubah....


Berubah?

Kadang-kadang kita perlu berubah untuk kebaikan..

Tak salahkan untuk aku berubah

untuk aku jadi yang lebih baik..

Mengapa kau persoalkan tentang perubahanku,

Sedangkan kau yang mahukan perubahan itu..

Salahkah aku untuk berubah?

Adakah kau suka aku kekal dalam…

Keadaan yang sangat menyakitkan hati?

Keadaan yang sangat menyerabutkan kepala?

Keadaan yang sangat menyiksakan jiwa?

Aku perlu lakukan ini untuk kebaikan aku dan juga kau..

Maafkan aku..

Aku tahu kau terpaksa lakukan semua itu..

Begitu juga aku..

Mulut memang mudah untuk menafikannya..

Tapi, hati ini tidak boleh ditipu..

Tapi, kita yang mengawal hati kita..

Ya..aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..

Dan aku mahu kau tahu..

Betapa seksanya aku untuk berada

dalam keadaan selesa seperti sekarang..

Untuk pengetahuan kamu,

aku tak kan pernah buang kawan-kawan aku..

Kawan tetap kawan sampai bila-bila..

Kamu harus tahu itu..

Biarlah perkara lalu berlalu

seperti mana air sungai yang mengalir..

Buang yang keruh dan ambil yang jernih..

Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau..

Setiap apa yang da berlaku,

jadikan ia sebagai pengajaran..

Jadikanlah diri seseorang

yang lebih baik dari sebelumnya..

Hargailah apa yang didepan mata..

Janganlah mengejar apa yang tak pasti,

yang dikendong akan berciciran..

Hanya yang perlu,

jaga apa yang telah kau ada dengan sebaiknya..


Kawanmu,

shaefaizzati

mengimbas kenangan...

Assalamualaikum w.b.t…lamenye tak update blog…(huh!mesti bosan da kan asek bace ayat yang agak same je..hehe!)..tak de mood nak update la..bz with final and coming soon with short sem..cuti lebih kurang seminggu ni menghabiskan mase with family..ni baru mood datang untuk update blog..hehehe!jangan mara ha..nanti kene jual..huhu!

Aku rase hari ni aku nak cerita tentang semester pertame di politeknik johor bahru and story with classmate DJK5I..firstly, mule2 masuk poli JB..wah…saaaaangaaaaat tidak suke3..(Nampak sangat tak sukenye kan?kan?hehehe!)yela2..sape suke..family jauh..(ceyh!alasan tu…capok weyh..haha!)ok2..family jauh tu biase la..namenye merantau kan..hehe!ok la..pakwe da jauh..dulu satu class..pastu,membe2..yang aku kenal,bape orang je..mitok je kot..n mahinder pal..(korang kenal ke?buat2 kenal je la eh..hehe!)..siyes weyh..rase nak balik je mule2 duk kat JB tu..waaaaa…bile lame kelamaan..(bahase apekah???..layanzzz…hehe!)jadi ok sumenye..biase la kan..bende baru..sumenye tak biase..bile da kenal kawan2 sume,everything was ok..mule2 sampai tu macam culture shock juge la kan..macam2 le masalah datang..nasib baik la sumenye ok..pengalaman sume tu..pengalaman mengajar kite erti kehidupan..isn’t it?(^_^)..sepanjang semester satu ni, aku dapat kenal kawan2 aku sume..sumenye ok..kite manusie kan..ade yang lebih ade yang kurang..standard la..manusie..sekali berkawan,selamenye akan tetap kawan aku ok..so,u all jgn kaco kawan2 aku..(hahaha!belagak giler budak ni..anak sapa la ni..huhuhu!)mule masuk kelas DJK5I ni, memang Nampak sangat la kePUAKkannye..tapi,bile nak dekat final..sumenye leh dikatekan bersatu hati..memang seronok..mane yang sempat tu dapat la study same2 kan..hehe!nak final..mane leh wat orang terase hati..nanti final tak dapat jawab..hehe!yeke?,,huhu!iye kan je la ye..hehehe!bile final nak tamat,mule la hati ni tak sabo2 nak balik umah..yela..cuti kan..tpi,apakan daye,cuti elok 2 bulan jadi beberape hari je sebabnye ade sem pendek..layan je la..dari sambung 6 bulan tahun depan,baek amek 2 bulan ni aje..btol tak kawan2 seperjuanganku…hehe!(heh!macam la dorang bace blog aku ni kan..hehe!)..aku tak moh la dok JB lame weyh..cukup la setahun ni aje…awatnya??hmm..xtaw la..tapi,sebenarnye sayang jugak nak tinggal kawan2..nanti mesti rindukan mereka2..hmm..mase tetap akan berjalan..we have to face it..inilah kehidupan..semangat da kembali pulih..cume perlukan kerajinan yang lebih lagi..sekarang perlu bersediakan diri untuk menghadapi semester pendek pule..err..setakat ni aje la..ade keje yang perlu dibereskan..hehe!tadAa all…

p/s : thanks to all my friends..tanpa kamu,hidupku tak de warne warni..aku sayang korang sume..especially r0ommate yang saling merumitkan..hehe!thanks ya mitok..sem pendek roommate baru pule..hehe! kepade mitok : tak moh jeles2 yea..jage atin elok2 eh..hehe!kalo boring2 kite pusing2 satu blok ye..heheheheh!