CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 3, 2011

berubah....


Berubah?

Kadang-kadang kita perlu berubah untuk kebaikan..

Tak salahkan untuk aku berubah

untuk aku jadi yang lebih baik..

Mengapa kau persoalkan tentang perubahanku,

Sedangkan kau yang mahukan perubahan itu..

Salahkah aku untuk berubah?

Adakah kau suka aku kekal dalam…

Keadaan yang sangat menyakitkan hati?

Keadaan yang sangat menyerabutkan kepala?

Keadaan yang sangat menyiksakan jiwa?

Aku perlu lakukan ini untuk kebaikan aku dan juga kau..

Maafkan aku..

Aku tahu kau terpaksa lakukan semua itu..

Begitu juga aku..

Mulut memang mudah untuk menafikannya..

Tapi, hati ini tidak boleh ditipu..

Tapi, kita yang mengawal hati kita..

Ya..aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..

Dan aku mahu kau tahu..

Betapa seksanya aku untuk berada

dalam keadaan selesa seperti sekarang..

Untuk pengetahuan kamu,

aku tak kan pernah buang kawan-kawan aku..

Kawan tetap kawan sampai bila-bila..

Kamu harus tahu itu..

Biarlah perkara lalu berlalu

seperti mana air sungai yang mengalir..

Buang yang keruh dan ambil yang jernih..

Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau..

Setiap apa yang da berlaku,

jadikan ia sebagai pengajaran..

Jadikanlah diri seseorang

yang lebih baik dari sebelumnya..

Hargailah apa yang didepan mata..

Janganlah mengejar apa yang tak pasti,

yang dikendong akan berciciran..

Hanya yang perlu,

jaga apa yang telah kau ada dengan sebaiknya..


Kawanmu,

shaefaizzati

0 comments: